Sunday 29 September 2013

River Carnival @ SMK Melawati - Part 1

SK Taman Keramat 1 telah menghantar 10 orang murid Tahun 3untuk mengambil bahagian di dalam carnival ini. Karnival ini amat menarik perhatian kerana aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak penganjur amat menarik untuk semua lapisan umur.



Gimik perasmian Karnival Sungai dengan melepaskan 3 jenis ikan spesis tempatan ke dalam akuarium. Ikan-ikan ini kemudian akan dilepaskan semula ke Sungai Klang yang terletak di belakang SMK Melawati.
 
                                     
 Persembahan tarian daripada murid SMK Melawati amat menarik perhatian semua peserta.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan

 

 


 

 

Wednesday 25 September 2013

Pelancaran River Ranger/ Smart Ranger SK Taman Keramat 1


River Ranger / Smart Ranger SK Taman Keramat 1 telah dilancarkan serentak dengan perasmian sudut aero angkasa. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Keramat 1, Pn Nor Adibah bt Yusoff di dalam satu majlis yang meriah.
    
        Majlis dimulakan dengan perasmian  Sudut Aero angkasa. Sudut ini telah diusahakan oleh guru-guru sains dengan bantuan panitia sains dan murid-murid tahun  6.


 



    
    Pn Adibah seterusnya merasmikan Kelab River Ranger / Smart Ranger SK Taman Keramat 1 dengan menandatangani ' Giant Banner' yang bertulis ' Kami warga SK Taman Keramat 1 cintakan sungai kita'. Beliau juga menyeru semua warga SK Taman Keramat 1 supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan keindahan sungai kita.


 Seterusnya, semua Penolong Kanan menandatangani banner tersebut.



 


 
Pelancaran Kempen cintai sungai turun dijalankan pada sesi petang.
Penolong Kanan Petang, En Abdul Hamid b Mohammad telah merasmikan pelancaran kempen ini untuk sesi petang.