Tuesday 1 October 2013

River Carnival - Part 2

Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah "Peraduan Upcycling Nature Art"  yang melibatkan 3 sekolah menengah dan 9 sekolah rendah. SKTK1 telah menghantar 10 orang wakil yang terdiri daripada murid-murid tahun 3 untuk menyertai pertandingan ini. Adik Mohd Firdaus B Kamaruzaman telah dipilih untuk membentangkan hasil inovasi ini kepada 3 orang juri pada hari tersebut.
SMART  Akuaponik - hasil kerjasama guru dan murid
 
 
 Para juri sedang membuat penilaian
 

 Antara penyertaan daripada sekolah lain
 
 
 
 
Murid- murid ini juga terlibat dalam "Young River Scientist Programme". Program ini mendedahkan murid-murid pengalaman yang baharu berkaitan sungai dan menghasilkan barangan daripada bahan terbuang. Peserta program ini dikehendaki pergi ke 4 'check point' berbeza dan perlu berada disetiap check point selama 15 minit.
 
Check point - 1
 


 
CP2 - River Introduction



 
CP 3 - River Biodiversity Monitoring
 
 
CP4- Water Quality Testing 
 
 Acara yang paling ditunggu-tunggu adalah penyampaian hadiah. SK Taman Keramat 1 telah diumumkan mendapat tempat kedua dengan berjaya membawa pulang RM1000 serta sijil penyertaan.
Tahniah SKTK 1!

 
Gambar semua pemenang Peraduan Upcycling Naure Art 2013
 
Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan penyertaan peraduan ini. Semoga acara seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan. Tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya melaksanakan acara yang meriah ini.