Wednesday 24 April 2013

'Pengembaraan' Kedua ke Sungai Klang (site 1) 24 April 2013

Hai, kawan-kawan!!!!!!

Memandangkan cuaca tidak begitu mengizinkan kami untuk melawat ke site 1 semalam, 'pengembaraan' mengkaji air dan hidupan di dasarnya disambung pada hari ini. Ini merupakan saat yang paling mengujakan kami kerana kami akan merasai sendiri pengalaman turun ke sungai untuk mencari hidupan yang hidup di dalam air. 

Mengikut tentatif yang asal, kami sepatutnya menyambung program ini di SK Klang Gate. Tetapi, bagi menyambung 'pengembaraan' yang tergendala semalam, hari ini kami berkumpul lagi di SMK Taman Melawati. 

Sebelum memulakan penerokaan kami, kami dibekalkan dengan beberapa alatan yang diperlukan untuk mencari hidupan di dalam air. Antaranya ialan akuarium, kanta pembesar, jaring, pengayak, but, sarung tangan getah, buku panduan dan baldi kecil.

Berbekalkan alatan tersebut, kami melangkah penuh semangat ke site 1. Kami bertungkus lumus mencari hidupan air bersama-sama. Setiap satu hidupan yang kami jumpa kami rujuk dalam buku panduan yang telah dibekalkan kepada kami. Wahhhh!!!!!! SERONOKNYAAAAAAAA!!!!!!! Saksikan keghairahan kami mencari hidupan dalam air ini dalam gambar dan video yang disertakan bersama catatan ini.... Selamat menonton!!! ♥♥
 

 




No comments:

Post a Comment