Saturday 22 June 2013

Membersihan Kawasan Sungai dan Pelancaran Open Clasroom Taman Rekreasi Klang Gate - bhgn 1

Satu lagi program yang menarik untuk River Ranger / Smart Ranger. Kami di sambut dengan bunyi air yang mengalir. Oleh kerana tempat letak kereta yang terhad, kami meredah laluan yang agak mencabar.

 
 
Keadaan sungai  yang jernih. Air sungai ini mengalir daripada empangan Klang Gate dan merupakan air kelas dua yang selamat digunakan untuk minuman dan kegunaan harian.
 
 
Aktiviti dimulakan dengan sedikit penerangan oleh Dr K Kalithasan, Penyelaras Program Global Environment Center. Pembahagian tugas telah dijalankan di mana kerja membersihkan sungai diberi pada wakil daripada JPS, MPAJ, Harta Modal Insan, UPM dan beberapa agensi lain kerana terdapat beberapa kawasan yang agak dalam. River Ranger diminta membantu melabelkan pokok. Ini memberi pendedahan kepada murid-murid untuk mengenali beberapa jenis pokok yang agak asing bagi mereka.
 
Proses pelabelan pokok




 
Proses pembersihan sungai
 

 
 

No comments:

Post a Comment